Satu program taklimat peluang-peluang latihan Kemahiran dalam sistem persijilan kemahiran Malaysia ke arah pembangunan kerjaya telah dijalankan dan disampaikan oleh Pegawai JPK Wilayah Sabah En. Ebby Bin Nasroden bertempat di Bilik 2 dan 3 AMC kolej pada 07/08/2018 bermula jam 9pagi – 12 tengahari.

Antara penerangan yang diberikan adalah tentang halatuju graduan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia serta peluang pekerjaan selepas tamat kursus SKM. Dan lepasan Diploma Kemahiran Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Tun Hessein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah.