Lawatan Sambil Belajar Arkib Negeri Sabah

Satu rombongan lawatan sambil belajar ke jabatan arkib negeri sabah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 may 2018 yang dihadiri oleh pelatih program kemahiran dan kakitangan city skill trainig centre seramai 19 orang. (3 kakitangan, 16 pelatih). Program lawatan bermula dari jam 9.00 pagi – jam 1 petang.

Objektif lawatan dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih / pelajar cityskill tentang suasana kerja sebenar dalam kerja pengendalian rekod dan sistem fail di sektor kerajaan.

Selain daripada itu , lawatan tersebut itu juga membantu pelatih city skill, terutama kepada pelatih program pengurusan pejabat tahap 2 kerana sistem pentadbiran pemfailan juga merupakan salah satu modul/ cocu pembelajaran yang wajib di diambil.

Kakitangan jabatan arkib negeri sabah yang bertugas puan jiliah situn , ketua seksyen pengembangan , jabatan arkib negeri sabah, menyambut baik kedatangan pelajar dan kakitangan city skill ketika lawatan itu berlangsung. Puan jiliah situn sempat mengadakan sesi pembelajaran selama hampir 2 jam tentang proses pegendalian rekod dan fail di jabatan arkib.