Operasi Pembinaan Jalan Raya Tahap 2

Operasi Pembinaan Jalan Tahap 2 menyediakan latihan dalam pengetahuan dan kemahiran untuk pembinaan jalan, pembuatan dan penyelenggaraan.

Pelajar akan mempelajari teori & kemahiran praktikal dalam:

  • Perlaksanaan Pengurusan Trafik
  • Perlaksanaan Kerja Tanah
  • Perlaksanaan Kerja Saliran
  • Perlaksanaan Kerja  Turapan
  • Pemasangan Perabot Jalan Raya
  • Penyelarasan Kerja Cerun

Tempoh: 8 Bulan (800 jam)

Mod Pembelajaran

  • Teori (3 bulan)
  • Praktikal (5 bulan)

Kehadiran: Minimum 80% kehadiran dikehendaki untuk layak mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Operasi Pembinaan Jalan Raya Tahap 2.

Elaun Pelatih: Ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia. Elaun RM500 sebulan bagi setiap perantis semasa tempoh pengajian.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • 16 tahun ke atas
  • Kelayakan minimum: PMR/ PT3 dan ke atas

Pertauliahan Sijil

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam Operasi Pembinaan Jalan Raya dan Kad Hijau CIDB

Penyeliaan dan Pembinaan Jalan Raya Tahap 3

Program ini adalah lanjutan daripada program Operasi Pembinaan Jalan tahap 2. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan kepada kemahiran teori dan praktikal dalam penyeliaan pembinaan jalan raya.

Pelajar akan mempelajari teori & kemahiran praktikal dalam:

  •  Penyeliaan Pengurusan Lalu Lintas
  • Penyeliaan Kerja Tanah Jalan
  • Penyeliaan Kerja Saliran
  • Penyeliaan Kerja Turapan
  • Penyeliaan Pemasangan Perabot Jalan
  • Penyeliaan Kerja Perlindungan Cerun
  • Penyeliaan Penyelenggaraan Jalan Raya

Tempoh: 8 Bulan (800 jam)

Mod Pembelajaran

  • Teori (3 bulan)
  • Praktikal (5 bulan)

Kehadiran: Minimum 80% kehadiran dikehendaki untuk layak mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Penyeliaan Pembinaan Jalan & Penyenggaraan Tahap 3.

Elaun Pelatih: Ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia. Elaun RM500 sebulan bagi setiap perantis semasa tempoh pengajian.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun dan ke atas
  • Tamat program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

Pertauliahan Sijil

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Penyeliaan Dan    Penyelenggaraan Pembinaan Jalan Raya dan Kad Hijau CIDB

Penyelia Awam dan Sturktur Tahap 3

Dalam program ini, pelajar terdedah kepada kemahiran teori dan praktikal dalam pengawasan dalam pembinaan. Program ini direka bentuk untuk menghasilkan tenaga kerja separuh mahir profesional mengikut industri pembinaan.

Pelajar akan mempelajari teori & kemahiran praktikal dalam:

  • Pentadbiran Tapak
  • Pra Pembinaan
  • Kerja Kejuruteraan Struktur
  • Kerja Kejuruteraan Awam
  • Pengurusan Pembinaan Awam dan Struktur
  • Pentadbiran penyeliaan

Tempoh:16 bulan

Kehadiran
Minimum 80% kehadiran yang dikehendaki dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Penyelia Awam dan Struktur Tahap 3.

Elaun Pelatih
Ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia. Elaun RM500 sebulan bagi setiap perantis semasa tempoh pengajian.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tamat SKM Tahap 2 atau 3 dalam Program Bangunan & Pembinaan

Pertauliahan Sijil
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Penyelia Awam dan Struktur yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia